menu

Monday 30 October 2017

PELAKSANAAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI BAWAH INISIATIF KBAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2017

Salam sejahtera.

Semua Pengetua, 
Semua Guru Besar, 
Daerah Kuantan

Tuan,

PELAKSANAAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI BAWAH INISIATIF KBAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2017

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara tersebut di atas. 

 2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia sedang dalam usaha membuat pemilihan sekolah-sekolah bagi pelaksanaan penarafan sekolah yang membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di bawah Inisiatif KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2017 di seluruh Negara.

3.         Sehubungan itu, Pejabat ini memohon jasa baik tuan untuk melaksanakan proses penarafan kendiri KBAT dengan menggunakan tiga (3) jenis instrument penarafan seperti senarai berikut :

     3.1       Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalamPengurusan dan Kepiminan Pendidikan – penarafan dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar ke atas diri Pengetua/Guru Besar sendiri. Muat turun DI SINI.

        3.2       Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan pembelajaran (PdP) – penarafan dilakukan oleh Pengetua/Penololng Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia ke atas 20% daripada jumlah guru di sekolah. MUAT TURUN DI SINI .

     3.3       Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalamKokurikulum – penarafan dilakukan oleh Pengetua/Penolong Kanan/Ketua Bidang/Ketua Panitia ke atas 20% daripada jumjlah guru yang mengendalikan Pasukan Badan Beruniform/Kelab & Persatuan/ Sukan di sekolah. MUAT TURUN DI SINI.
           
4.         Instrumen dan skor yang sudah siap perlu diisi dalam tapak Templat Pengisian Data (Microsoft Excel) yang boleh dimuat turun di SINI dan dikembalikan kepada En. Mohd Suhaidi bin Mohd Nordin melalui alamat emel sainsmatkuantan@gmail.com pada atau sebelum 23 Nov 2017 .

5.         Semua sekolah diingatkan supaya menyimpan segala bukti penarafan dan tapak pengisian data di sekolah masing-masing.  Sekolah-sekolah yang telah mencapai skor kelayakan akan menerima lawatan verifikasi penarafan oleh pihak KPM/Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.  Bagi sekolah-sekolah yang tidak mencapai skor kelayakan dicadangkan untuk membuat penambahbaikan pelaksanaan KBAT melalui amalanProfesional Learning Community (PLC).



Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  

Sekian.

Unit Pengurusan Akademik
PPD Kuantan

No comments:

Post a Comment