menu

Tuesday 31 October 2017

WARKAH PENGHARGAAN SPM 2017

kepada
PENGETUA DAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUANTAN
daripada

Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan

Dengan ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas usaha, pengorbanan masa juga tenaga dalam menggilap kemampuan dan keupayaan PELAJAR-PELAJAR bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia 2017. Sesungguhnya iltizam dan kesungguhan yang penuh ikhlas ini menjadi pemangkin kepada kemenjadian murid-murid.

Bersama-samalah kita doakan semoga calon-calon yang menduduki SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 beroleh kejayaan yang cemerlang.



 Ikhlas dari :

                                HAJI MOHD RAZALI BIN MUSTAFAR., SMP.,AMP.

                                            Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan

Monday 30 October 2017

PELAKSANAAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI BAWAH INISIATIF KBAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2017

Salam sejahtera.

Semua Pengetua, 
Semua Guru Besar, 
Daerah Kuantan

Tuan,

PELAKSANAAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI BAWAH INISIATIF KBAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2017

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara tersebut di atas. 

 2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia sedang dalam usaha membuat pemilihan sekolah-sekolah bagi pelaksanaan penarafan sekolah yang membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di bawah Inisiatif KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2017 di seluruh Negara.

3.         Sehubungan itu, Pejabat ini memohon jasa baik tuan untuk melaksanakan proses penarafan kendiri KBAT dengan menggunakan tiga (3) jenis instrument penarafan seperti senarai berikut :

Friday 19 August 2016

Program Solat Hajat Perdana Sempena UPSR 2016

Program Solat Hajat Perdana Sempena UPSR 2016 anjuran PPD Kuantan dan MGB Daerah Kuantan Tarikh : 18 Ogos 2016 (Khamis) Tempat : Masjid Saidina Othman Al-Affan, Bukit Rangin, Kuantan Terima Kasih kepada semua yang hadir.." Kuantan Memang di hadapan "

Wednesday 20 April 2016

Borang Justifikasi i - Think

Salam satu Malaysia... Mohon Pihak sekolah untuk muat turun bahan kidt dan melengkapkan borang justifikasi i think yang disertakan. Borang yang lengkap mohon dikembalikan ke emel suhaidi_ppd@yahoo.com. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke En. Mohd Suhaidi bin Mohd Nordin di talian 0139354498. Sekian, Terima Kasih.. BAHAN KIDT

Wednesday 13 April 2016

DATA GURU DLP 2016 DAN 2017

Disertakan borang data guru DLP 2016 dan 2017 untuk tindakan pihak sekolah yang terlibat...mohon muat turun dan kembalikan ke emel suhaidi_ppd@yahoo.com sebelum 14 April 2016... Sekian, terima kasih. Klik MUAT TURUN

Monday 4 April 2016

PERMOHONAN DLP 2017

Permohonan DLP dibuka pada 1 April 2016 hingga 31 Mei 2016. Semua sekolah DLP sedia ada, dan semua sekolah yang mengemukakan permohonan / rayuan DLP WAJIB mengisi tinjauan kesediaan guru melalui pautan http://goo.gl/forms/uH3YSdN6XK selewat-lewatnya 31 Mei 2016. SENARAI SEKOLAH LAYAK MEMOHON DLP 2017

BAHAN KiDT 2016

Salam 1 Malaysia.. Disertakan bahan KiDT 2016 untuk kegunaan pihak sekolah..Sila Klik dibawah untuk muat turun.. Sekian, terima kasih.. BAHAN KIDT 2016